UAE hentikan semua urusan perdagangan, kewangan dengan Iran

UAE hentikan semua urusan perdagangan, kewangan dengan Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan penggantungan semua urusan perdagangan dan kewangan dengan Iran sehingga diberitahu kelak.

“Susulan peningkatan ketegangan di rantau ini, semua perdagangan, pertukaran komersial dan transaksi kewangan dengan Iran dihentikan sehingga diberitahu kelak,” kata Pengarah Komunikasi Kementerian Luar UAE, Afra Al Hameli.

Pengumuman itu dibuat ketika ketegangan antara UAE dan Iran kembali memuncak selepas UAE mendakwa mengesan dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran ke arah kawasan perairan negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Iran bagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap pelancaran berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini