Agrobank perkukuh perkhidmatan kewangan di Klang - Utusan Malaysia

Agrobank perkukuh perkhidmatan kewangan di Klang

MOHAMAD Sabu menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) pada Majlis Pelancaran Cawangan Agrobank Bandar Botanik, di Klang. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Agrobank memperkukuhkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Lembah Klang bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dengan membuka cawangan di Bandar Botanik, di sini, semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pembukaan cawangan di kawasan komersial itu membolehkan Agrobank memberi tumpuan kepada perniagaan.

“Lokasi baharu itu membuka ruang kepada Agrobank untuk mendekati lebih ramai individu, usahawan dan perniagaan. Usaha itu selari dengan aspirasi Ekonomi Madani iaitu memperkasa rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara lain, menekankan pembangunan ekonomi yang dapat diterjemahkan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat serta pengukuhan keupayaan usahawan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran tersebut.

Cawangan ke-159 itu merupakan pemindahan serta naik taraf institusi perbankan islam berkenaan yang sebelum ini terletak di Pusat Bandar Klang sebagai langkah bertepatan dengan perkembangan kawasan komersial dan potensi pertumbuhan di sekitar daerah tersebut.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Husin memberitahu pemindahan dan penaiktarafan cawangan Klang itu sebagai usaha memastikan perkhidmatannya berkembang seiring perubahan keperluan pelanggan dan potensi ekonomi setempat.

“Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan dan memastikan perkhidmatan kami kekal relevan dengan keperluan semasa.

“Naik taraf itu bukan sekadar menyediakan persekitaran perbankan yang lebih selesa, tetapi turut membolehkan kami menawarkan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada individu dan perniagaan di kawasan itu,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN