PM ucap tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam

PM ucap tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang menerima pengiktirafan dunia sebagai Green Hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Hospital Bukit Mertajam sebagai satu-satunya hospital di Malaysia yang tersenarai dalam 250 hospital terbaik dunia bagi inisiatif kelestarian.

“Inilah kejayaan yang membanggakan negara, apabila kecemerlangan perkhidmatan kesihatan berjalan seiring dengan tanggungjawab memelihara alam sekitar dan menjamin kesejahteraan rakyat.

“Syabas dan tahniah!,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN