Johan Setia di Selangor terus catat kualiti udara tidak sihat

Johan Setia di Selangor terus catat kualiti udara tidak sihat

PENUNGGANG basikal berkayuh belatarbelakangkan permandangan Bandaraya Kuala Lumpur kabur berikutan keadaan jerebu akibat cuaca panas yang melanda di negara ini ketika tinjauan di sini, Ahad lalu. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johan Setia di Selangor terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, iaitu 160 setakat 10 pagi ini.

Kawasan itu merekodkan bacaan IPU melebihi 100 iaitu tahap tidak sihat sejak beberapa hari lepas.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala Kedah (Langkawi) dan Perlis mencatatkan tahap baik (bawah 50).

Memuatkan artikel berkaitan…

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN