Hibah diterima pendeposit TH semasa tahun defisit kekal sah - Utusan Malaysia

Hibah diterima pendeposit TH semasa tahun defisit kekal sah

AHMAD FAUWAZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wang hibah yang pernah diterima pendeposit Tabung Haji (TH) termasuk ketika institusi itu berdepan keadaan defisit adalah kekal sah sebagai hak milik mereka.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, kedudukan itu berdasarkan kontrak yang digunakan antara pendeposit dengan TH pada ketika berkenaan iaitu Wadi’ah Yad Dhamanah atau Simpanan Berjaminan.

“TH dianggap meminjam wang daripada pendeposit untuk digunakan bagi tujuan pelaburan dan lain-lain. Oleh itu, TH tidak boleh menjanjikan sebarang keuntungan, sebaliknya pulangan yang diberikan oleh TH kepada pendeposit berstatus hibah yang bersifat sukarela.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka, apabila sesuatu hibah yang diisytiharkan telah dimasukkan ke dalam akaun pendeposit, maka ia dianggap telah berlaku qabd dan hukumnya sah menjadi hak milik pendeposit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hibah yang telah diterima pendeposit juga tidak dikategorikan sebagai harta haram atau syubhah yang perlu dipulangkan kerana penerimaannya dibuat berdasarkan akad hibah.

“Bagi jemaah yang telah selesai menunaikan ibadah haji dengan menggunakan wang hibah pada tempoh berkenaan tidak perlu khuatir kerana sah dan tidak terjejas,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini