Lelaki maut terjatuh dalam tangki - Utusan Malaysia

Lelaki maut terjatuh dalam tangki

Seorang lelaki ditemui maut setelah terjatuh dalam tangki sisa kimia do Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tangki takungan sisa kimia di sebuah kilang di Jalan Keluli 3, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 26 tahun itu ditemukan berada pada kedalaman kira-kira 1.5 meter di dalam tangki berkapasiti 15,000 meter padu dengan ketinggian 20 kaki berkenaan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 9.51 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari BBP Pasir Gudang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak dua kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa berada di dalam tangki berkenaan dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda bernyawa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan keluaran operasi (PKO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas tali penyelamat dan pengusung sehingga mangsa berjaya dinaikkan ke permukaan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 11.03 malam,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN