JKNK pantau kesihatan bayi positif dadah

Jabatan Kesihatan Kelantan pantau kesihatan bayi positif dadah

DR. Rohana Daud (tengah) bergambar bersama hadirin pada Majlis Perasmian USM House Officer Preparatory Course 2026 di Auditorium Pentadbiran, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian,Kelantan. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) memantau keadaan seorang bayi yang disahkan positif dadah selepas dilahirkan termasuk perkembangan kesihatannya sepanjang menerima rawatan.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKNK, Dr. Rohana Daud berkata, bayi berkenaan dipercayai terdedah kepada bahan berkenaan ketika dalam kandungan susulan pemindahan daripada ibu kepada bayi melalui tali pusat.

Katanya, bayi yang terdedah kepada dadah boleh mengalami gejala arikan dan keadaan itu akan dipantau oleh pihak hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia (dadah) tidak kekal dan kita akan pantau kalau terdapat gejala withdrawal. Biasanya gejala berkenaan tidak berpanjangan dan bayi boleh pulih seperti sediakala. 

“Ia tidak akan menjejaskan perkembangan otak serta organ dalaman, bagaimanapun kita terus membuat pemeriksaan dan susulan terhadap perkembangan bayi berkenaan,” katanya selepas Majlis Perasmian USM House Officer Preparatory Course 2026 di Auditorium Pentadbiran, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang bayi perempuan berusia lima hari mengejutkan petugas hospital apabila didapati positif dua dadah jenis amphetamine dan benzodiazepines.

Lebih mengejutkan apabila siasatan mendapati bayi itu terdedah kepada bahan terlarang berkenaan ketika masih dalam kandungan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN