AJL40: Aina Abdul ‘tarik’ penonton ke gunung berapi - Utusan Malaysia

AJL40: Aina Abdul ‘tarik’ penonton ke gunung berapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT JALIL: Sorakan penonton mula bergema apabila penyanyi, Aina Abdul mengambil tempat di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), malam ini, menerusi lagu ciptaannya sendiri, Kamu.

Mempunyai konsep tersendiri, pentas dipenuhi dengan hiasan pentas berbentuk susunan batu menyerupai gunung berapi lengkap barisan pemuzik.

Memulakan persembahan, Aina muncul dari dalam ‘gunung berapi’ sambil menyapa penonton dengan ucapan salam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persembahan Kamu turut diserlahkan menerusi lantunan vokal Aina yang turut menutup persembahannya dengan satu lirik daripada lagu Puas Sudah.

Sebelum ini, pengacara, Sissy Iman, mendedahkan bahawa Aina teliti dalam memilih warna busana dan konsep yang akan mengiringi persembahannya di pentas akhir malam ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN