Warga emas maut kena renjatan elektrik

Warga emas maut kena renjatan elektrik

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang lelaki warga emas lingkungan 60-an maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di Taman Kinabutan Ria di sini, petang semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu menerusi talian MERS 999 pada 6.09 petang.

Beliau berkata sepasukan tujuh anggota yang digerakkan ke lokasi menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.

“Bomba memohon bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk memotong bekalan elektrik di kawasan berkenaan sebelum usaha mengalihkan mangsa dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada 7.42 malam selepas kawasan itu disahkan selamat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN