Tidak semua orang perlu kita bawa ke bab kehidupan seterusnya - Syamim Farid - Utusan Malaysia

Tidak semua orang perlu kita bawa ke bab kehidupan seterusnya – Syamim Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Toh Puan Syamim Farid menyifatkan setiap pertemuan dalam kehidupan membawa makna tersendiri yang pada akhirnya menjadi pengajaran buat seseorang.

Menurut Syamim, setiap individu akan sentiasa diuji dengan kehadiran pelbagai ragam manusia yang meninggalkan kesan yang berbeza dalam sesebuah hubungan.

“Dalam hidup ini, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang akan memberikan kita pengajaran, ada yang meragui kita, ada yang percaya kepada kita dan ada juga yang menunjukkan kepada kita erti sebenar sebuah keikhlasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, apa yang saya pelajari adalah setiap insan yang kita temui mempunyai tujuan tersendiri dalam kehidupan kita. Tidak semua orang perlu kita bawa bersama ke bab kehidupan yang seterusnya,” katanya di Threads.

Meskipun jodoh sesebuah perhubungan itu tidak berkekalan, pelakon itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak melupakan akan segala kemanisan yang dilalui bersama individu berkenaan.

“Ambillah perkara yang baik sebagai kenangan, manakala yang kurang baik sebagai pengajaran dan teruskan melangkah ke hadapan.

“Pada akhirnya, kehidupan tetap diteruskan. Kita membesar, belajar dan menjadi lebih matang dalam memahami siapa yang benar-benar layak mendapat tempat dalam hidup kita,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini