Bersatu lawan gabungan dia sendiri, apa maknanya? - Abdul Hadi

Bersatu lawan gabungan dia sendiri, apa maknanya? – Abdul Hadi

Pas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: “Saya sebut dari segi mafhumnya. Dia (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) lawan parti dia (Perikatan Nasional) sendiri, apa maknanya?”

Demikian reaksi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung ‘pencanggahan’ kenyataan antara beliau dan Pengerusi PN, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berhubung keanggotaan Bersatu dalam gabungan berkenaan.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, dari segi mafhumnya, Bersatu bertanding menentang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos lalu yang mana orang ramai boleh ‘faham sendiri’ tindakan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika apa yang Ahmad Samsuri sebut itu dari segi tertulis dalam perlembagaan. Saya sebut dari segi mafhumnya. Dia lawan parti dia sendiri, apa maknanya?,” katanya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi mendakwa keanggotaan Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pengumuman Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai hasrat membentuk gabungan politik baharu.

Bagaimanapun, Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, kedudukan Bersatu dalam gabungan itu belum berubah walaupun timbul dakwaan keanggotaan parti berkenaan gugur susulan hasrat mahu membentuk gabungan politik baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN