Angelaligner Akan Merayu Keputusan Mahkamah China tentang Penyelesaian Pengekstrakan Gigi Geraham Kecil, Yang Tidak Memberikan Impak kepada Pelanggan - Utusan Malaysia

PR NEWSWIRE (BM)

Angelaligner Akan Merayu Keputusan Mahkamah China tentang Penyelesaian Pengekstrakan Gigi Geraham Kecil, Yang Tidak Memberikan Impak kepada Pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI, 14 Ogos 2026 /PRNewswire/ — Angelalign Technology Inc. (6699.HK) ("Angel") http://www.angelaligner.com pada hari ini berkata bahawa syarikat itu akan merayu penghakiman perikat pertama yang dibuat pada 10 Ogos oleh Mahkamah Pertengahan Rakyat Jinan (Bandar Jinan, China) yang mengarahkan anak syarikat Angel China untuk berhenti menggunakan sistem simulasi biomekanik masterForce dan sistem diagnosis dan reka bentuk digital ATreat untuk menjana penyelesaian pengekstrakan gigi geraham kecil A7 dan A7 Speed.

Keputusan awal itu, yang hanya terpakai di China, belum berkuat kuasa dan, oleh itu, tidak memberikan impak kepada pelanggan atau pesakit syarikat. Keputusan mahkamah akan berkuat kuasa jika rayuan Angel tidak berjaya.

Angel yakin bahawa Penyelesaian Pengekstrakan Gigi Geraham Kecil A7 tidak melanggar mana-mana paten yang sah. Syarikat tersebut telah memenangi beberapa pertikaian paten terhadap Plaintif dalam pelbagai bidang kuasa di seluruh dunia dan sangat menyokong persaingan adil dalam pasaran pendakap gigi dan pengimbas.

"Keputusan mahkamah terhad kepada China. Walaupun di China, tidak ada impak serta-merta kepada pelanggan kami," kata Fox Hu, Ketua Pegawai Eksekutif Angel. "Kami berasa sangat gembira dengan pertumbuhan sokongan pakar ortodontik terhadap penyelesaian profesional kami di seluruh dunia. Kami berasa yakin dapat memenangi rayuan ini terhadap pesaing kami, memandangkan kami telah memenangi beberapa kes yang serupa sebelum ini."

Pada 12 Mei 2026, Bahagian Tempatan Düsseldorf (Jerman) Mahkamah Paten Bersatu mengeluarkan keputusan awal yang dengan jelas menolak permintaan Plaintif untuk injunksi awal yang meminta Angel berhenti menggunakan Penyelesaian Pengekstrakan Gigi Geraham Kecil A7. Plaintif tidak merayu terhadap keputusan itu, yang kini adalah muktamad. Paten Eropah yang dipertikaikan dan paten China yang dipertikaikan dalam kes Jinan itu tergolong dalam keluarga paten yang sama.

Pada 26 Jun 2026, Mahkamah Pertengahan Rakyat China Zhengzhou membuat dua penghakiman peringkat pertama dalam dua pertikaian pelanggaran paten yang dikemukakan oleh Plaintif terhadap Angel, menolak semua tuntutan Plaintif. Plaintif telah merayu terhadap penghakiman tersebut.

Angel menghormati harta intelek dan mempunyai sejarah inovasi sepanjang lebih 20 tahun dalam perniagaan. Beberapa pakar ortodontik terbaik di dunia, termasuk daripada pihak pesaing, menganggap Angel sebagai peneraju dalam rawatan kes ortodontik yang kompleks. Beberapa pesaing juga mengikuti jejak langkah kami, termasuk angelButton™ dan Sistem Kemajuan Mandibel A6 (A6 Mandibular Advancement System) kami.

Angel mempunyai permodalan pasaran sebanyak $2 bilion, keuntungan yang mampan, kunci kira-kira yang kukuh dan pasukan ahli profesional global yang prihatin. Perkara ini membolehkan Angel menjadi benteng rakan kongsi jangka panjang kepada pakar ortodontik untuk mencipta hasil klinikal yang luar biasa.

Kes China adalah sebahagian daripada tuntutan mahkamah yang sedang berjalan dikemukakan oleh Align Technology Inc. (ALGN) ("Plaintif") terhadap Angel yang mendakwa berlaku pelanggaran paten, yang dinafikan oleh Angel. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi: https://www.angelaligner.com/legal-proceedings/

Maklumat Tentang Angelalign Technology Inc.
Ditubuhkan pada tahun 2003 dan meraikan lebih 2 juta senyuman di seluruh dunia, Angelalign Technology Inc. (HK:6699) (Angel Aligner) menyediakan produk dan perkhidmatan pendakap gigi lutsinar dipacu teknologi digital bagi memenuhi keperluan pakar pergigian dan pesakit di seluruh dunia. Portfolio berinovatif Syarikat — termasuk sistem pendakap gigi KiD, angelButton, Kemajuan Mandibel A6, angelHook dan platform perancangan digital iOrtho™ — menunjukkan inovasi klinikal selama 23+ tahun dan misi untuk menyampaikan Kerumitan dengan Keyakinan untuk pakar ortodontik dan pesakit mereka. Disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2021, Angelalign melancarkan strategi pengembangan global syarikat itu pada tahun 2023, dengan produk dan perkhidmatan yang kini menjangkau lebih 60 negara dan wilayah. Angel Aligner memasuki pasaran Amerika Utara tiga tahun lalu dan berkembang pesat, termasuk kemudahan pembuatan baharu di Amerika Syarikat seluas 52,000 kaki persegi. Ketahui lebih lanjut di www.angelaligner.com

Hubungan Media:
Sue Kolb
[email protected]

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5025638_MS25638_6

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

TERKINI

×