Speedy Tigers perkemas benteng

Speedy Tigers perkemas benteng

SPEEDY Tgers menjalani latihan menjelang Hoki Piala Dunia 2026.-IHSN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki negara kini giat memantapkan barisan pertahanan, khususnya ketika berdepan situasi pukulan sudut penalti menjelang kempen Piala Dunia Hoki 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aspek itu diberikan perhatian serius memandangkan Malaysia diundi dalam kumpulan maut di dalam Kumpulan B bersama juara bertahan, Jerman, tuan rumah Belgium dan juara Piala Negara-Negara 2026, Perancis.

Justeru, keupayaan mempertahankan gawang ketika pukulan sudut penalti dilihat antara elemen penting yang perlu diperkemaskan skuad negara bagi memastikan pintu gol tidak mudah ditembusi.

Penyerang negara, Akhimullah Anuar Esook berkata, barisan kejurulatihan kini memberi penekanan terhadap pertahanan selain menguji beberapa formasi baharu dalam sesi latihan.

“Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan dengan lancar. Kali ini kita lebihkan kepada pukul sudut penalti, cara pertahanan kita dan sedikit sebanyak formasi baharu yang kita buat dalam latihan.

“Bagi saya, memang kita tahu dari segi fizikal mereka memang lebih besar daripada kita, tetapi bagi saya tidak ada yang mustahil. Memang mereka besar, tetapi kita walaupun kecil, kita tahu bagaimana hendak gunakan ruang dan kita ada kelajuan,” katanya.

Dalam pada itu, Akhimullah yang bakal membuat penampilan sulung di Piala Dunia turut menetapkan sasaran peribadi untuk membantu pasukan menerusi jaringan gol sepanjang kempen kejohanan.

Katanya, sebagai penyerang, tanggungjawab utama yang digalasnya adalah memastikan peluang yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada gol.

“Sasaran peribadi saya adalah untuk bantu pasukan. Macam kita tahu, penyerang punya tanggungjawab adalah menjaringkan gol. Itu adalah matlamat saya, untuk bantu pasukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN