Pertama kali sertai Hyrox, saya terkena serangan panik sampai sesak nafas - Nadia Annuar - Utusan Malaysia

Pertama kali sertai Hyrox, saya terkena serangan panik sampai sesak nafas – Nadia Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara, Nadia Annuar, mendedahkan dirinya pernah diserang serangan panik sehingga mengalami kesukaran bernafas sewaktu pertama kali menyertai pertandingan sukan lasak Hyrox.

Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 42, berkata, dia terkena serangan panik itu sejurus pusingan pertama bermula akibat tekanan dan debaran menyertai acara berkenaan.

“Benda ini sebenarnya normal dan saya masih ingat lagi pengalaman pertama saya. Masa itu saya memang kena serangan panik yang teruk sampai rasa sesak nafas.

“Muka saya masa pusingan pertama itu memang pucat lesu macam hantu. Tapi bila selesai bahagian SkiErg, baru saya perlahan-lahan sedar balik,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Nadia berkata demikian bagi membalas pertanyaan seorang pengguna Threads yang berasa gementar kerana pertama kali menyertai sukan lasak berkenaan.

Nadia berkata, persediaannya sebelum menyertai Hyrox mengingatinya semula betapa peritnya untuk sampai ke tahap yang telah dicapainya itu.

“Masa itu saya cakap pada diri sendiri, ‘Eh, aku dah berlatih keras untuk benda ini. Mesti boleh buat!’. Akhirnya saya berjaya tamatkan perlumbaan pertama dengan catatan masa 1 jam 15 minit 13 saat,” ujarnya.

Untuk rekod, Hyrox ialah pertandingan kecergasan global yang menggabungkan larian sejauh 1 kilometer dengan senaman kefungsian (functional exercises) yang diulang sebanyak lapan kali berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×