Ronaldo kekal ‘raja gaji’ dunia 

Ronaldo kekal ‘raja gaji’ dunia 

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Usia bukan penghalang buat Cristiano Ronaldo apabila bintang Portugal itu terus mengungguli carta pemain dengan bayaran tertinggi dunia bagi musim 2026/27.

Penyerang Al Nassr itu dilaporkan mengaut sekitar RM18.9 juta seminggu, jumlah yang menjadikan pendapatannya mencecah kira-kira RM983.5 juta setahun.

Angka berkenaan bukan sahaja mengukuhkan status Ronaldo sebagai bintang paling mahal dalam Liga Pro Saudi, malah meletakkannya jauh di hadapan pesaing terdekat dalam senarai berkenaan.

Penyerang Al Hilal, Karim Benzema berada di tangga kedua dengan gaji sekitar RM10.8 juta seminggu manakala Sadio Mane dari Al Nassr menduduki tempat ketiga dengan angka RM3.6 juta.

Pertahanan Al Hilal, Kalidou Koulibaly pula menerima sekitar RM3.1 juta seminggu, sementara Ivan Toney dan Sergej Milinkovic-Savic berkongsi kedudukan kelima dengan pendapatan RM2.3 juta seminggu.

Senarai berkenaan berdasarkan data Capology, SalaryLeaks serta laporan media.

Pendapatan luar biasa itu hadir selepas Ronaldo akhirnya membantu Al Nassr menamatkan kemarau kejuaraan liga apabila kelab berkenaan muncul juara Liga Pro Saudi musim lalu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×