SPR tidak terima laporan rasmi dakwaan sogokan

SPR tidak terima laporan rasmi dakwaan sogokan

RAMLAN Harun ditemui pemberita selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Perdana Tampin, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung dakwaan berlakunya politik wang atau sogokan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya hanya menerima laporan berkaitan kesalahan kecil pilihan raya namun tiada aduan rasmi mengenai dakwaan sogokan dikemukakan kepada SPR.

Menurutnya, mana-mana pihak yang mempunyai bukti atau maklumat sahih berkaitan perkara itu perlu membuat laporan kepada agensi penguat kuasa berkaitan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami tidak menerima sebarang aduan rasmi berhubung berlakunya sogokan atau sebagainya. Pihak kami cuma menerima laporan berkaitan kesalahan kecil pilihan raya.

“Kami berharap pihak yang mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut dapat mengemukakan aduan rasmi terus kepada agensi berkaitan iaitu SPRM atau PDRM,” katanya

Beliau ditemui selepas meninjau proses semakan peti undi di Dewan Perdana Tampin, di sini, hari ini.

Ramlan dalam pada itu berkata, bidang kuasa SPR hanya tertumpu kepada perjalanan dan pengurusan proses pilihan raya.

“Dalam keadaan ini, aduan berkaitan isu rasuah sepatutnya dikemukakan kepada pihak berkaitan. Kami serahkan perkara yang melibatkan isu rasuah kepada agensi penguat kuasa.

“SPR hanya mengambil kira perkara yang berkaitan dengan proses pilihan raya sahaja,” katanya.

Beliau berkata setakat ini SPR menerima sebanyak 267 kesalahan pilihan raya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN