COLOMBO: Sri Lanka pada Selasa mengurangkan harga bahan api sehingga enam peratus, langkah pertama seumpamanya sejak perang di Asia Barat mencetuskan lonjakan harga tenaga di negara yang bergantung kepada import itu.
Perbadanan Petroleum milik kerajaan berkat,a harga diesel akan diturunkan sebanyak 25 rupee seliter kepada 382 rupee (RM4.65), manakala petrol dikurangkan 20 rupee kepada 414 rupee (RM5) seliter.
Pengurangan harga itu dibuat susulan kejatuhan mendadak harga tenaga di pasaran antarabangsa selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan konflik mereka.
Sri Lanka sebelum ini telah menaikkan harga petrol dan diesel hampir 50 peratus selepas Amerika dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari.
Tarif elektrik juga dinaikkan sebanyak satu pertiga ketika pihak berkuasa cuba memindahkan kos import yang lebih tinggi kepada pengguna.
Sri Lanka, yang mengimport semua minyaknya dan bergantung kepada arang batu import untuk penjanaan elektrik.
Sebelum ini, ia memberi amaran bahawa konflik berpanjangan di Asia Barat boleh mengancam pemulihan ekonomi yang masih rapuh. – AFP










