Empat kanak-kanak maut akibat gelombang haba

Empat kanak-kanak maut akibat gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Gelombang haba melampau yang melanda Eropah kini meragut sekurang-kurangnya empat nyawa kanak-kanak di Perancis, dalam tragedi yang turut menyaksikan lebih 55 kes lemas dilaporkan ketika suhu ekstrem terus mencengkam benua itu.

Cuaca panas yang dijangka bergerak ke arah timur itu kini menjejaskan kira-kira 150 juta orang, dengan suhu mencecah sekitar 35 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Saintis menyifatkan gelombang haba berkenaan sebagai paling teruk pernah direkodkan, dengan hampir separuh daripada 850 bandar terbesar di Eropah berdepan tekanan haba luar biasa.

Di Perancis, perhatian tertumpu kepada kematian kanak-kanak apabila seorang bayi lelaki berusia 18 bulan di Marseille meninggal dunia selepas ditemukan dalam sebuah kereta akibat hipertermia ketika menerima rawatan kecemasan awal minggu ini.

Sumber polis memberitahu akhbar Le Figaro, bapa kanak-kanak itu dipercayai terlupa anaknya di dalam kereta ketika dia sepatutnya menghantar mangsa ke pusat jagaan.

Insiden itu menjadikan jumlah kematian kanak-kanak meningkat kepada empat orang, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kesan langsung cuaca ekstrem kepada golongan paling rentan.

Awal minggu ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di pinggar bandar Paris ditemukan maut selepas memanjat ke dalam sebuah kereta dan terperangkap apabila sistem kunci keselamatan kanak-kanak diaktifkan.

Dalam kes berasingan, mayat kanak-kanak dua dan empat tahun ditemukan dalam kereta keluarga mereka di sebuah tempat letak kereta di kawasan perumahan.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×