Trump ancam penjara terhadap sesiapa rosakkan kolam ikonik - Utusan Malaysia

Trump ancam penjara terhadap sesiapa rosakkan kolam ikonik

KOLAM pantulan di Memorial Lincoln, Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin mengancam untuk ‘memenjarakan’ sesiapa yang cuba merosakkan salah satu projek pengubahsuaian ikoniknya, iaitu Kolam Pantulan di Memorial Lincoln, Washington, yang kini menjadi polemik politik.

Trump telah melantik kontraktor untuk mengeringkan kolam sepanjang 610 meter itu dan mengecatnya dengan warna biru bendera Amerik”. Namun, tidak lama selepas kerja-kerja itu siap, lapisan cat mula mengelupas dan alga menyebabkan air kolam bertukar menjadi hijau keruh.

Menurut presiden itu, ia berpunca daripada perbuatan vandalisme, walaupun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada banyak  patung dan air pancut yang kami bina semula, ubah suai, bersihkan dan baiki, satu-satunya yang telah menjadi mangsa vandalisme ialah Kolam Pantulan yang sedang ditangani secepat mungkin, tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social, pada pagi Isnin.

“Tolong ingat bahawa terdapat hukuman penjara 10 tahun bagi pemusnahan atau percubaan untuk memusnahkan perkara seperti ini  dan ia akan dikuatkuasakan sepenuhnya,”  tambahnya.

Pihak penguat kuasa undang-undang bagi Perkhidmatan Taman Negara memberitahu AFP bahawa lima individu telah ditahan atas kesalahan vandalisme dan lima lagi dikenakan saman persekutuan”

Daripada ledakan alga, cat yang mengelupas hingga air yang bertukar kehijauan, kolam pantulan itu telah berdepan beberapa masalah sejak Trump mengarahkan kerja pengubahsuaiannya. 

Pengkritik beliau menyifatkan projek itu sebagai metafora kepada kepimpinan yang bercelaru dan satu pembaziran yang didorong sifat narsisistik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini