Panasonic lancar solusi kehidupan pintar bersepadu

Panasonic lancar solusi kehidupan pintar bersepadu dan pengawasan berasaskan AI

SEELAN Kandasamy (kiri) dan Pengarah Pembangunan Penyelidikan Panasonic Malaysia, Jiang Fuwei (kanan) merasmikan pelancaran Penyelesaian Kehidupan Pintar Panasonic S.iCITY dan Ekosistem Pengawasan Pintar AI Panasonic.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Panasonic Malaysia melancarkan Penyelesaian Kehidupan Pintar Panasonic S.iCITY dan Ekosistem Pengawasan Pintar AI Panasonic dalam inisiatif meningkatkan keselamatan, kemudahan, dan keselesaan pengguna.

Direka untuk pembangunan komersial, projek kediaman, infrastruktur kerajaan, institusi pendidikan serta aplikasi bandar pintar, pelancaran dua ekosistem tersebut menawarkan integrasi kehidupan pintar, keselamatan pintar, kecekapan tenaga dan teknologi gaya hidup lestari dalam satu pengalaman yang lancar. 

Pengarah Bersekutu Penyelesaian Sistem Panasonic Malaysia, Seelan Kandasamy berkata, pelancaran ekosistem menandakan transformasi Panasonic Malaysia daripada penyedia perkakasan tradisional kepada rakan penyelesaian pintar yang menyeluruh.

Katanya, Panasonic Malaysia bukan sahaja sekadar menawarkan produk tetapi turut menawarkan ekosistem bersepadu yang meningkatkan cara kehidupan individu, bekerja, belajar dan berinteraksi dalam persekitaran yang lebih selamat serta lestari.

“Melalui ekosistem Kehidupan Pintar dan Pengawasan AI, kami berhasrat untuk menyokong komuniti pintar masa hadapan Malaysia dengan menyediakan penyelesaian yang berteraskan keselamatan, kemudahan dan keselesaan.

“Fokus kami adalah untuk mewujudkan nilai jangka panjang kepada pemaju, pemilik perniagaan, agensi kerajaan, institusi pendidikan serta pengguna akhir dengan menggabungkan kebolehpercayaan Panasonic yang dipercayai dengan automasi pintar, teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI) serta inovasi lestari,” katanya majlis pelancaran dua tersebut.

Dalam pada itu, Seelan berkata, Panasonic Malaysia turut bekerja rapat dengan pihak pemaju dalam memastikan agar ekosistem yang ditawarkan memenuhi kehendak rakyat Malaysia untuk komuniti yang lebih selamat dan pintar.

“Secara amnya, aplikasi keselamatan yang dipasang akan bergantung kepada pembangunan yang dilakukan oleh pihak pemaju seperti kamera litar tertutup (CCTV).

“Sebagai contoh, jika anda mahu memberi akses kepada penduduk untuk memantau kawasan umum, ia boleh dilakukan tanpa perlu mendedahkan sebarang maklumat yang penting atau sensitif,” ujarnya.

Sebagai sebuah ekosistem rumah pintar hibrid Zigbee 3.0 dan Wi-Fi, Penyelesaian Kehidupan Pintar Panasonic S.iCITY membolehkan pengguna mengawal pelbagai peranti berhubung, pencahayaan serta sensor keselamatan secara berpusat melalui satu aplikasi mudah alih, sekali gus menawarkan kemudahan automasi harian dan pengurusan tenaga yang cekap untuk pemilik.

Sementara itu, Ekosistem Pengawasan Pintar AI baharunya pula menggabungkan video analitik AI, pengecaman wajah, dan kawalan pencerobohan dalam satu platform berhubung yang dilengkapi perlindungan keselamatan siber demi mengukuhkan ketahanan operasi serta keselamatan awam secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×