PRN Johor: Bersatu bertanding kurang daripada 33 DUN

PRN Johor: Bersatu bertanding kurang daripada 33 DUN

AFIF BAHARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding kurang daripada 33 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini berban­ding semasa PRN 2022.

Ahli Majlis Pimpinan Ter­tinggi Bersatu, Dr. Afif Bahardin berkata, pendekatan parti itu kini lebih tertumpu kepada kerusi yang mempunyai potensi kemenangan berbanding bertanding secara meluas se­perti sebelum ini.

Katanya, Bersatu juga bersedia memberi laluan kepada parti di bawah platform Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) sekiranya kawasan tertentu dilihat lebih sesuai ditandingi rakan sekutu mereka itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kamu akan memberi tumpuan kepada kerusi yang boleh dimenangi. Pada PRN Johor 2022, Bersatu bertanding di 33 kerusi kerana ketika itu kami berada dalam kerajaan.

“Namun kali ini, fokus kami lebih menjurus kepada kawasan yang mempunyai peluang kemenangan dan kekuatan jentera yang lebih baik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
IPR adalah gabungan politik pembangkang yang ditubuhkan pada 14 Oktober tahun lalu.

Ia dianggotai 11 parti antaranya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan);Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra); Parti Pejuang Tanahair (Pejuang); Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Dalam pada itu, beliau berkata, Bersatu sasarkan untuk memenangi lebih banyak kerusi DUN dalam PRN kali ini berbanding pencapaian semasa PRN 2022 dengan hanya dua kerusi DUN iaitu di DUN Bukit Kepong dan DUN Endau.

DUN Johor mempunyai 56 buah kerusi secara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN