Zelensky pulang pingat tertinggi Poland - Utusan Malaysia

Zelensky pulang pingat tertinggi Poland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Pemimpin Ukraine, Volodymyr Zelensky bertindak memulangkan anugerah ter­tinggi negara Poland selepas presiden negara itu, Karol Nawrocki melucutkan penghormatan berkenaan susulan ketegangan politik berhubung isu sejarah Perang Dunia Kedua yang kembali tercetus.

Zelensky menerusi hantaran di media sosial menjelaskan, rakyat Ukraine percaya anugerah tersebut sebenarnya dikhususkan untuk rakyat dan tentera Ukraine.

“Hari ini, saya memulangkan semula Pingat berkenaan kepada presiden Poland. Saya percaya masa depan akan membuktikan penghormatan yang selayaknya diterima oleh rakyat Ukraine,” kata Zelensky.

Hantaran yang dimuat naik di platform X itu turut disertakan dengan gambar pingat ber­kenaan bersama resit pos yang menunjukkan ia sedang dihantar ke pejabat presiden Poland.

Sebelum ini, Nawrocki memutuskan untuk melucutkan anugerah Darjah Helang Putih daripada Zelensky susulan tindakan pemimpin Ukraine itu. 

Zelensky didapati  menamakan sebuah unit tenteranya sempena nama pertubuhan separa tentera Ukraine yang dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap warga Poland ketika era Perang Dunia Kedua. 

Sebelum ini, bekas Presiden Poland, Andrzej Duda telah menganugerahkan pingat itu  kepada Zelensky pada tahun 2023 atas jasanya dalam menjaga keselamatan, daya tahan dan mempertahankan hak asasi manusia.

Namun pada 26 Mei lalu, Zelensky mengeluarkan dekri untuk menamakan satu unit Pasukan Operasi Khas Ukraine sempena nama Tentera Pembe­rontak Ukraine (UPA). Kumpulan yang aktif sekitar tahun 1940-an dan 1950-an itu dituduh oleh Poland terlibat dalam jenayah pembunuhan kejam secara besar-besaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN