Iran sahkan tandatangani perjanjian damai dengan AS - Utusan Malaysia

Iran sahkan tandatangani perjanjian damai dengan AS

DONALD Trump (kiri) dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. - Getty Images
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran pada Khamis mengesahkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian dengan Washington untuk menamatkan perang di Asia Barat, seperti yang diumumkan lebih awal oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Teks Memorandum Persefahaman Islamabad telah dimuktamadkan dengan tandatangan kedua-dua presiden (dan) kini tiba masanya untuk menguji pelaksanaan perjanjian itu,” kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, seperti dipetik oleh agensi berita negara IRNA.

Beliau berkata, proses tandatangan itu dilakukan secara elektronik dan jarak jauh oleh kedua-dua presiden dan bahawa satu majlis rasmi tidak begitu diperlukan dalam perancangan Iran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan Switzerland sebelum ini memaklumkan bahawa satu majlis menandatangani perjanjian akan diadakan pada Jumaat di sebuah hotel mewah di kawasan pergunungan yang menghadap Lake Lucerne, dengan Yang Dipertua Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf dan Naib Presiden AS, JD Vance, dijangka hadir.

“Apabila teks itu ditandatangani oleh pegawai tertinggi kedua-dua negara, pelanggarannya secara semula jadi akan membawa kos yang lebih tinggi dan berdasarkan pengalaman kami, kami lebih memilih cara ini,” kata Baqaei.

Teks perjanjian tersebut telah diterbitkan oleh kedua-dua pihak pada Rabu.

Satu tempoh rundingan selama dua bulan akan menyusul, dengan pembukaan semula Selat Hormuz , laluan penting bagi bekalan minyak dan gas global  dijadikan sebagai langkah pertama dalam pelaksanaan perjanjian itu. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini