Program MyHero Tani bantu veteran ATM jana pendapatan

Program MyHero Tani bantu veteran ATM jana pendapatan

ADLY Zahari (tiga dari kanan) menunjukkan hasil tanaman peserta semasa melawat Tapak Projek MyHero Tani di UniSZA, Besut, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Projek tanaman ubi ke­ledek varieti Sweet Vitato membuka peluang baharu kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjana pendapatan menerusi bidang pertanian secara berkelompok.

Inisiatif yang dilaksanakan melalui program MyHero Tani dengan kerjasama strategik antara Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (YVATM) sejak Januari lalu itu membantu golongan veteran memperoleh sumber pendapatan stabil selepas tamat perkhidmatan.

Seorang peserta, Mohd. Nor Mat Jusoh, 64, berkata, inisiatif tersebut membantu golongan veteran yang kurang berkemampuan dan asnaf menjana pendapatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami memulakan projek ini pada awal Januari lalu dan kini menunggu untuk menuai hasil sulung. Alhamdulillah, projek ini dapat membantu kami memulihkan ekonomi keluarga.

“Kami mendapat bimbingan daripada UniSZA cara menanam keledek dengan betul,” katanya ketika ditemui di pada Majlis Perasmian Program MyHero Tani di UniSZA Kampus Besut, di sini.

Seorang lagi peserta, Samsudin Mohamad, 72, berkata, daripada projek itu, mereka turut diberi pendedahan mengenai produk-produk yang boleh dihasilkan daripada keledek untuk pasaran tempatan seperti kerepek dan kuih-muih.

“Bidang pertanian bukan lagi pekerjaan tradisional semata-mata tetapi mampu menjadi sumber ekonomi yang baik jika diusahakan secara serius dan terancang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Men­teri Pertahanan, Adly Zahari berkata, YVATM menyedia­kan bantuan awal berjumlah RM35,000 bagi fasa pertama projek tersebut dengan melibatkan seramai 10 veteran ATM.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×