Ibu besarkan anak hidap penyakit kepala besar

Ibu besarkan anak hidap penyakit kepala besar

NOOR Immarzaliza Abdul Rahim memangku Mohd Rayhan Qersani Muharram Muhammad Qusyairy di samping bapanya, Abdul Rahim Hashim ketika ditemui di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wa­nita reda apabila anak bongsunya menghidap penyakit Hydrocephalus selepas tiga bulan dilahirkan.

Keadaan itu menyebabkan Mohd. Rayhan Qersani Muharram Muhammad Qusyairy, 2, tidak bebas bergerak selepas kepalanya semakin membesar berikutan kewujudan lebihan cecair yang dikesan pada otaknya.

Noor Immarzaliza Abdul Rahim, 41, berkata, kesan daripada penyakit itu telah menyebabkan kesihatan anaknya sering terganggu apabila kerap diserang sawan, selalu penat dan tidak nyenyak tidur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kehidupan saya semakin tertekan selepas terpaksa berhenti kerja sebagai pembantu kedai makan dan hilang punca pendapatan kerana perlu memberikan perhatian menjaga anak selepas kesihatannya sema­kin merosot,” katanya semasa ditemui di rumah sewanya di Bandar Puteri Jaya, di sini.

Menurutnya, dia juga menjaga seorang lagi anak lelakinya Mohd Rayhan Adha, 7, yang mempunyai autisme serta ba­panya Abdul Rahim Hashim, 66, yang menghidap pelbagai pe­nyakit.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyumbang ke akaun Maybank 152219077980 atas nama Noor Immarzaliza Abdul Rahim atau menghubungi­nya di nombor 011-58674302.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini