Seni rakaman 'asap' dalam fotografi

Seni rakaman ‘asap’ dalam fotografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merakam asap bukanlah sekadar menekan butang shutter secara semberono namun ia adalah satu proses teknikal yang menuntut ketepatan kamera dan kawalan pencahayaan mutlak. 

Untuk mendapatkan perincian dan struktur asap tajam, jurugambar perlu menguasai tindak balas antara cahaya, kelajuan dan lensa.

Untuk membekukan (freeze) pergerakan asap yang pantas, penggunaan flash berkelajuan tinggi adalah kritikal. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Kamera biasanya ditetapkan pada shutter speed 1/200s atau 1/250s. 

Selain itu, depth of field yang luas diperlukan bagi merakam tekstur asap dengan terperinci.

Oleh itu, aperture atau f-number perlu dikecilkan, kebiasaannya di antara f/8 hingga f/16. 

Nilai ISO pula ditetapkan serendah mungkin untuk mengekalkan kualiti imej yang optimum tanpa kesan noise.

Bagi mewarnakan struktur asap tersebut, jurugambar perlu menggunakan off-camera flash yang dipasangkan dengan color gels. 

Alat pengubah suai cahaya seperti snoot digunakan untuk mengekang penyebaran cahaya supaya ia hanya mencahayai kawasan asap secara tepat. 

Kesukaran menetapkan manual fokus pada asap yang dinamik dalam kegelapan merupakan cabaran teknikal utama. 

Oleh itu, pendekatan pendedahan berganda diaplikasikan, di mana pelbagai pendedahan yang dirakam akan digunakan secara intensif semasa proses suntingan.

Jurufoto, Muhammad Nazmi Muhamad Nizam berkata, selepas imej berjaya dirakam dengan baik, pelbagai variasi bidikan akan dihasilkan bagi merakam fasa pergerakan berbeza. 

Kemudian, pendekatan pendedahan berganda diteliti secara kritikal bagi menilai warna dan ketajaman asap. 

Memasuki fasa suntingan digital, lapisan pendedahan berganda tersebut membolehkannya memilih dan menggabungkan struktur dan warna paling optimum.

Di sini, bentuk asap yang asalnya rawak dirombak sepenuhnya dan dia memanipulasi struktur asal dengan teliti menggunakan teknik pengulangan, olahan sudut atau rotation, flipping dan mirroring. 

Gabungan teknik ini membolehkannya menyusun dan menstruktur semula komposisi asap menjadi satu karya corak visual yang sangat kompleks dan bersimetri.

-Pensyarah kanan, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini