Negara-negara EU punca Malaysia lambat peroleh vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Negara-negara EU punca Malaysia lambat peroleh vaksin Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan negara-negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) memonopoli agihan vaksin menyebabkan kadar vaksinasi di Malaysia ketinggalan berbanding negara lain.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, negara-negara EU berunding dengan pembekal vaksin Covid-19 bagi membolehkan mereka membuat pembelian pukal apatah lagi kilang vaksin semuanya terletak di Eropah.

“Tindakan mereka juga menyebabkan negara Asia termasuk Jepun yang dikenali sebuah negara yang maju turut terkebelakang apabila membabitkan vaksinasi berbanding Eropah, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada manakala Amerika Selatan yang menerima bantuan Amerika Syarikat juga mencapai imuniti kelompok lebih awal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepatutnya buatlah perbandingan dengan negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Vietnam kerana Malaysia mendahului semua negara itu apabila melibatkan kadar vaksinasi dan kita menghampiri Jepun. Ini adalah usaha kerajaan padar kadar yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan PICK bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba secara maya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan yang dibangkitkan dalam kolum Minda Pengarang Utusan Malaysia mengenai kelewatan Malaysia mencapai kadar vaksinasi yang tinggi berbanding Hungary susulan seramai 61,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan Perancis menentang Hungary di Puskás Arena di Budapest Hungary dalam Euro 2020.

Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd, Mohamad Azlan Jaafar membangkitkan Eropah dan Hungary sudah menjalankan kehidupan normal seperti sebelum pandemik Covid-19.

Malaysia pula, sebuah negara yang gah, sumber minyak dan gas, eksport kelapa sawit, negara Islam moden, produk elektronik yang menjadi komponen dalam i-Phone dan ribuan produk lain, tetapi memalukan dalam pengurusan krisis Covid-19.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kerajaan boleh membuka pusat pemberian vaksin (PPV) mega, namun tidak bermakna sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi.

Katanya, jika PPV mega dibuka manakala bekalan vaksin tidak cukup maka sudah pasti, rakyat akan mempertikai dan marahkan kerajaan atas pembaziran membuka PPV.

“Ada pihak mengkritik mengenai PPV mega yang baru dibuka, kerajaan bukannya tidak mahu membukanya tetapi bekalan vaksin tidak cukup.

“Apabila bekalan sudah sampai dan mencukupi, barulah kerajaan membuka banyak PPV supaya kadar vaksinasi dapat dipertingkatkan sekali gus mencakupi komuniti kelompok lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata, perkara ketidak adilan ini sudahpun dibangkit sejak awal lagi kerana UK membeli lima kali ganda vaksin daripada jumlah rakyatnya begitu juga Kanada.

“Apabila mereka sudah capai imuniti kelompok, barulah mereka seperti Amerika Syarikat dan Jepun malah China menawarkan vaksin sedangkan Malaysia sudah lama menunggunya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini