Malaysia masih import 400,000 tong minyak sehari - Utusan Malaysia

Malaysia masih import 400,000 tong minyak sehari

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia tidak menjual hasil petroleumnya ke negara anggota ASEAN kerana masih mengimport kira-kira 400,000 tong minyak mentah sehari.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, walaupun minyak, Malaysia masih dianggap sebagai negara pengimport kerana perlu mengimport dalam jumlah besar setiap hari bagi kegunaan domestik.

“Memandangkan kita masih mengimport kira-kira 400,000 tong sehari, (maka) kita tidak boleh menjual (minyak),” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN Ke-27 dan Mesyuarat bersama Menteri-menteri Luar dan Ekonomi ASEAN di Cebu, Filipina kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jika ada negara anggota ASEAN meminta Malaysia menjual minyak susulan krisis bekalan global ketika ini.

Bagaimanapun, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwang­sa berkata, bagi gas asli cecair (LNG), Malaysia merupakan negara pengeksport bersih.

“Lebihan yang kita peroleh daripada LNG boleh membantu menampung kekurangan dalam minyak mentah,” katanya.

Johari memberi jaminan bahawa kerajaan ketika ini masih mampu mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.

Beliau berkata, walaupun Malaysia seperti banyak negara lain terkesan dengan konflik berterusan di Asia Barat, namun impaknya masih terkawal.

“Kita berharap peperangan ini dapat diselesaikan dengan segera, tiada siapa yang boleh memastikan bila,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×