Netanyahu hadir ke mahkamah bagi perbicaraan rasuah kali ke-84 - Utusan Malaysia

Netanyahu hadir ke mahkamah bagi perbicaraan rasuah kali ke-84

NETANYAHU hadir mahkamah untuk perbicaraan rasuah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hadir di Mahkamah Daerah di Tel Aviv pada Rabu bagi sesi ke-84 perbicaraan kes rasuah yang sedang dihadapinya. 

Menurut laman berita Israel, Walla, sesi perbicaraan itu berkemungkinan merupakan sesi terakhir bagi Kes 4000 sebelum mahkamah beralih kepada pemeriksaan bagi Kes 2000.

Netanyahu secara berterusan menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan pertuduhan-pertuduhan tersebut sebagai bermotifkan politik. 

Kes-kes tersebut, yang dikenali sebagai 1000, 2000 dan 4000, berpusat pada dakwaan bahawa beliau menerima hadiah berharga daripada ahli perniagaan kaya sebagai balasan kepada bantuan tertentu. 

Selain itu, beliau didakwa cuba mendapatkan liputan media yang memihak kepadanya daripada penerbit akhbar dan memberikan faedah kawal selia kepada eksekutif telekomunikasi sebagai pertukaran bagi laporan positif di sebuah laman berita.

Selain perbicaraan rasuah di peringkat domestik, Netanyahu juga merupakan individu yang dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejak 2024 atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza. 

Sejak Oktober 2023, serangan kejam tentera Israel dilaporkan telah mengorbankan lebih 72,000 nyawa dan mencederakan lebih 172,000 orang lain di wilayah berkenaan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×