Tentera AS serang kapal tangki Iran - Utusan Malaysia

Tentera AS serang kapal tangki Iran

AS melepaskan tembakan ke arah kapal berbendera Iran di Teluk Oman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata bahawa mereka telah melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal tangki berbendera Iran, kata Markas Pusat AS (CENTCOM) pada Rabu.

Menurut CENTCOM, pihaknya turut mengesahkan beberapa das tembakan dilepaskan ke arah kapal tangki M/T Hasna yang tidak membawa muatan.

Kejadian itu berlaku di Teluk Oman.

Ini merupakan kali kedua tentera AS melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal yang didakwa cuba melanggar sekatan yang telah berkuat kuasa sejak 13 April. 

Dalam satu kenyataan di platform  X, ia menyatakan kapal tangki itu sedang belayar menuju ke sebuah pelabuhan Iran dengan melanggar sekatan yang telah ditetapkan.

“Pasukan Amerika telah mengeluarkan beberapa amaran dan memaklumkan kapal berbendera Iran itu bahawa ia melanggar sekatan AS,” kata markas tersebut.

“Selepas kru-kru Hasna gagal mematuhi amaran berulang kali, pasukan Amerika melumpuhkan kemudi kapal tangki itu dengan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan meriam 20mm daripada pesawat Boeing F/A-18E/F Super Hornet milik Tentera Laut AS yang dilancarkan dari (kapal pengangkut pesawat) USS Abraham Lincoln (CVN-72). 

“Hasna tidak lagi meneruskan pelayaran ke Iran,” tambah CENTCOM. 

Pada 19 April, sebuah lagi kapal berbendera Iran, M/V Touska, cuba melanggar sekatan dan mengabaikan beberapa amaran daripada kapal pemusnah AS, menurut CENTCOM ketika itu.

Kapal perang Amerika itu akhirnya mengarahkan kru kapal berkenaan mengosongkan bilik enjinnya sebelum ia ditembak beberapa das menggunakan meriam sehingga melumpuhkan kapal tersebut.

Pasukan Teheran secara efektif menutup Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran minyak dan gas selepas bermulanya kempen serangan udara AS-Israel terhadap Iran pada 28 Februari. – AGENSI/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×