Insentif kepada peniaga kecil perlu berasaskan merit

Insentif kepada peniaga kecil perlu berasaskan merit

AHMAD PHESAL TALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan pemberian insentif kepada peniaga termasuk pengurangan kadar caj sewa perlu dilaksanakan secara merit, khususnya melibatkan aspek kualiti dan kebersihan premis.

Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata, pendekatan tersebut penting bagi memastikan hanya peniaga yang mematuhi syarat dan peraturan layak menikmati insentif yang disediakan.

Katanya, langkah tersebut secara tidak langsung dapat membantu tugas penguatkuasaan yang sebelum ini berdepan pelbagai kerenah melibatkan golongan peniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, pendekatan merit lebih sesuai. Maksudnya, jika laksanakan insentif pengura­ngan ini berdasarkan merit seperti mempunyai rekod kebersihan dan patuh tanpa ada sebarang pelanggaran sebelum ini, maka boleh dipertimbangkan untuk diberi insentif.

“Namun, jika diberi secara menyeluruh untuk semua, saya bimbang ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan beberapa inisiatif bagi mengurangkan beban rakyat dengan memberi tumpuan kepada golongan peniaga kecil.

Bagi membantu menurunkan kos operasi golongan terbabit, agensi kerajaan telah diarah mengurangkan kadar sewaan premis perniagaan milik mereka kepada peniaga mulai bulan ini.

Dalam pada itu Ahmad Phesal turut berkongsi pengalamannya ketika berkhidmat berkaitan isu ketidakpatuhan dalam kalangan peniaga.

“Pernah berlaku di Mid Valley, apabila kadar caj berse­suaian di bawah pengurusan dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ada peniaga yang tidak membayar sewa.

“Bagaimanapun apabila tindakan diambil dan pengurusan diserahkan pada pihak swasta, mereka (peniaga) boleh pula bayar sewa. Ini seolah-olah ada yang sambil lewa apabila di bawah pengurusan kerajaan. Oleh itu adalah lebih baik pendekatan dilaksanakan secara merit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini