Cadangan ADUN lantikan Johor wajar dibantah - Amira Aisya - Utusan Malaysia

Cadangan ADUN lantikan Johor wajar dibantah – Amira Aisya

AMIRA AISYA Abd. Aziz (dua kiri) mengadakan sidang akhbar bersama Dr. Sahruddin Jamal di pekarangan Sidang DUN Johor, Kota Iskandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor khususnya yang tidak bersetuju dengan cadangan usul mewujudkan jawatan ADUN lantikan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok wajar kemuka bantahan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd. Aziz berkata, hal itu kerana masih banyak persoalan yang belum terjawab berkenaan perkara tersebut.

Sehubungan itu katanya, keputusan berkaitan jawatan itu perlu dibuat secara lebih berhati-hati dengan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk ADUN yang bukan daripada blok kerajaan.

“Sekiranya rang undang-undang itu tetap diteruskan, proses penelitian semula perlu dilaksana bagi memastikan ia benar-benar memenuhi keperluan dan tidak memberi kesan tidak diingini pada masa depan.

“Kerajaan negeri atau sesiapa yang mentadbir selepas ini wajar kembali berbincang dengan semua pihak berkepentingan bagi menambah baik cadangan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Sidang DUN Johor, di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Tambah Amira Aisya, kerajaan negeri perlu memberikan penjelasan melibatkan tiga perkara iaitu apakah kelayakan individu dilantik, apakah terdapat kuota khusus dan juga adakah individu dilantik menerima gaji dan keistiewaan sama seperti ADUN biasa.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Sahruddin Jamal pula memberitahu, perkara itu dibangkitkan pihaknya tanpa sebarang niat jahat terhadap kerajaan negeri sebaliknya dibuat dengan memikirkan kepentingan rakyat.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon mengesahkan kerajaan negeri akan membentangkan cadangan memperkenalkan lima jawatan ADUN lantikan, esok.

Beliau dilaporkan berkata, inisiatif tersebut dibuat bertujuan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini secara jangka masa panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×