Kapal tangki diserang projektil di luar pantai UAE - Utusan Malaysia

Kapal tangki diserang projektil di luar pantai UAE

GAMBAR fail kawasan perairan UAE. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah kapal tangki dilaporkan terkena peluru atau projektil tidak dikenali berhampiran pantai Emiriah Arab Bersatu (UAE), menurut agensi maritim Britain pada Isnin.

Ia berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) berkata, ia akan mengiringi kapal-kapal melalui Selat Hormuz yang disekat.

“Sebuah kapal tangki telah melaporkan terkena projektil tidak diketahui,” kata Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO).

Menurut UKMTO, semua anak kapal berada dalam keadaan selamat.

Kejadian itu berlaku 78 batu nautika di utara bandar Fujairah di UAE, menurut agensi tersebut.

Ia menggesa kapal-kapal yang melalui kawasan itu supaya berhati-hati sementara pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Laporan itu muncul ketika AS dan Iran masih buntu dalam rundingan damai sejak gencatan senjata dalam perang Asia Barat berkuat kuasa pada 8 April.

Iran terus mengawal ketat Selat Hormuz yang strategik, manakala Amerika pula melaksanakan sekatan laut sebagai tindak balas.

Presiden AS, Donald Trump, berkata pada Ahad bahawa AS akan mula mengiringi kapal melalui selat itu bermula Isnin.

Markas Pusat AS berkata, ia akan menggunakan kapal pemusnah peluru berpandu berpandu, lebih 100 pesawat udara dan laut, pesawat tanpa pemandu serta 15,000 anggota tentera dalam operasi tersebut.

Sehingga 29 April, lebih 900 kapal komersial berada di Teluk, menurut firma risikan maritim AXSMarine, berbanding lebih 1,100 kapal pada awal konflik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×