Tikam gadis 61 kali, empat individu direman

Tikam gadis 61 kali, empat individu direman

JENAZAH Nurfisya Zulkifly dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor di Kuala Kangsar, Perak, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat individu termasuk sepasang suami isteri ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang gadis dengan 61 kesan tikaman di badannya di Kampung Simah, Ketereh dekat sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap kesemua suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dua remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan manakala pasangan suami isteri berusia antara 60 tahun dan 66 tahun itu direman tiga hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, keempat-empat suspek yang memakai baju oren tiba untuk prosiding reman di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada pada pukul 8.40 pagi dengan menaiki trak polis.

Semalam polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan gadis tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, susulan kejadian itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu membuat dua serbuan berasingan di Taman Murni, Jalan Abdul Kadir Adabi dan Kampung Belukar Luas, Ketereh bermula pukul 4.40 petang hingga 2.30 pagi semalam.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif kejadian sehingga mangsa ditikam dan ditinggalkan di atas jalan raya sebelum ditemukan penduduk.

“Penahanan empat suspek termasuk dua warga emas itu dijalankan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu. Jangan buat sebarang spekulasi mengenai motif kes ini.

“Mangsa hanya berkawan dengan salah seorang suspek yang berusia 19 tahun,” katanya.

Sementara itu, pelajar wanita, Nurfisya Zulkifly, 19, yang mati dipercayai dibunuh dengan 61 tikaman di Kelantan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor pukul 5.30 pagi semalam.

Seorang bapa saudara mangsa berkata, mereka masih terkejut dan belum bersedia untuk berkongsi maklumat berikutan keadaan emosi yang belum stabil.

Katanya, seluruh ahli keluarga Nurfisya masih terkejut dengan perkara yang menimpa dan tidak mampu hendak mengulas apa-apa.

Tinjauan pihak media ke rumah kediaman mangsa mendapati, beberapa kenalan dan penduduk kampung datang untuk memberi sokongan kepada keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini