Gangguan data CelcomDigi pulih, kerja naik taraf punca

Gangguan data CelcomDigi pulih, kerja naik taraf punca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CelcomDigi mengesahkan berlaku gangguan perkhidmatan data melibatkan sebahagian pelanggannya susulan kerja naik taraf sistem yang dijalankan sebelum ini.

Dalam kenyataan, syarikat itu memaklumkan gangguan berkenaan hanya melibatkan perkhidmatan data, manakala panggilan suara kekal beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Menurut CelcomDigi, semua perkhidmatan kini telah pulih sepenuhnya.

“Pelanggan dinasihatkan untuk mengaktifkan dan menutup semula mod pesawat (flight mode) pada peranti masing-masing bagi memulihkan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Syarikat itu turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kerjasama pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×