Jangan gadai masa depan UMNO demi jaga pihak lain - Jalaluddin

Jangan gadai masa depan UMNO demi jaga pihak lain – Jalaluddin

JALALUDDIN Alias berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO tidak boleh menggadaikan masa depannya demi menjaga mana-mana pihak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pihaknya kini fokus untuk memperkukuhkan akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Beliau berkata, UMNO perlu fokus pada matlamatnya iaitu memenangi kerusi sebanyak mungkin dalam pilihan raya dan kembali menjadi dominan.

“Jangan gadaikan masa depan UMNO hanya kerana menjaga hati mana-mana pihak. Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap krisis yang berlaku, namun sebagai seorang ketua, saya bertanggungjawab membawa anak-anak buah saya di landasan perjuangan yang sebenar.

“Selagi mana Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui UMNO Negeri Sembilan, saya akan lakukan yang terbaik,” katanya berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×