Dua kes baharu rabies direkodkan di Sarawak

Dua kes baharu rabies direkodkan di Sarawak

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kes baharu positif rabies direkodkan di Kuching, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan itu meningkat kepada 14 kes di Sarawak pada tahun ini.

Kes terbaharu tersebut dikesan daripada 41 sampel haiwan peliharaan yang diuji dalam tempoh 27 April hingga 1 Mei.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) berkata, satu kes dikesan di Sungai Tengah Kolong 2 melibatkan anjing peliharaan yang dilepas bebas.

Katanya, satu lagi kes dilaporkan di Kampung Sungai Atas Singai, Bau membabitkan insiden gigitan anjing peliharaan yang turut dilepas bebas.

“Anjing peliharaan yang dibiarkan bebas berisiko dijangkiti wabak berkenaan dan berpotensi menjangkiti haiwan lain sekali gus mengancam keselamatan manusia.

“Sehubungan itu, pemilik anjing disaran mendapatkan vaksinasi secara berkala untuk haiwan peliharaan mereka serta tidak membiarkannya berkeliaran,” katanya di Facebook hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×