Korban impian demi hasilkan produk kecantikan selamat

Korban impian demi hasilkan produk kecantikan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bimbang melihat lambakan produk kecantikan berbahaya yang berleluasa di pasaran, mendorong pengasas jenama DC Skin mendalami bidang kesihatan kulit.

Keputusan itu turut memaksa Dr. Abdullah@Maliq Alias untuk melepaskan impian asalnya bergelar pakar bius.

Dia nekad menghasilkan formulasi produk yang lebih selamat, berasaskan kajian terperinci dan pendekatan klinikal diyakini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha itu membuahkan hasil apabila tiga produknya berjaya menembusi rangkaian Watsons sejak Januari lalu.

Katanya, pencapaian tersebut disifatkan yang terbesar sepanjang enam tahun berjuang membangunkan produk kecantikan sendiri.

“DC Skin amat menitik beratkan aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk kerjasama dengan institusi seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta ujian klinikal.

“Langkah ini penting bagi memastikan keberkesanan setiap produk yang dihasilkan,” katanya.

DC Skin turut menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terbaharu, dua anugerah diraih dalam The Asia Pacific International Honesty – Book Of Records 2026 iaitu Super Health Brand dan Duta Kesihatan Asia Pasifik.

“Masyarakat kita sinonim dengan persepsi cantik itu adalah putih lantas  mendorong mereka memilih produk yang dapat memberi kesan cepat.

“Dengan latar belakang dalam bidang perubatan, saya terpanggil untuk memberi kesedaran kepada orang ramai yang kecantikan tidak seharusnya mengorbankan kesihatan,” katanya,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini