Man. United hampiri Liga Juara-Juara

Man. United hampiri Liga Juara-Juara

Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko (kiri) meraikan jaringan gol menentang Brentford dengan pemain tengah, Bruno Fernandes dalam saingan Liga Juara-Juara di Old Trafford, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Harry Maguire menyifatkan sentuhan Michael Carrick sangat diperlukan The Red Devils apabila mereka hanya memerlukan dua mata lagi untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan 2-1 ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam menunjukkan kebangkitan drastik United daripada kedudukan ke-15 musim lalu.

United memecat Ruben Amorim Januari lalu selepas tempoh 14 bulan yang bergelora apabila pemain bergelut menyesuaikan diri dengan taktikal pengendali warga Portugal itu mula menampa

Maguire memuji Carrick kerana berjaya mengembalikan keyakinan pasukan dan membawa mereka kembali ke landasan kemenangan.

“Kami berdepan dua perlawanan sukar ketika Carrick mula mengambil alih dan semua orang mungkin berfikir ‘habislah’, apabila menentang Arsenal dan Manchester City, tetapi kami berjaya meraih enam mata.

“Setiap orang percaya dengan apa yang kami lakukan dan kami bersatu sebagai satu pasukan. Kami kini ada keyakinan. Kami tahu kami mampu menjaringkan gol dari mana-mana sudut,” katanya.

Dalam aksi itu, Casemiro membuka jaringan buat United di Old Trafford pada minit ke-11 menerusi tandukan bermula daripada sepakan penjuru Bruno Fernandes yang ditanduk Maguire sebelum disudahkan pemain Brazil itu..

Fernandes kemudian membantu United menggandakan kelebihan sebelum rehat apabila melakukan larian deras sebelum membuat hantaran tepat kepada Benjamin Sesko yang tenang menyudahkan peluang pada minit ke-43.

United kini berada di tangga ketiga dengan mengumpul 61 mata, 11 mata di depan pasukan tangga keenam Brighton dengan berbaki empat perlawanan, lima pasukan teratas EPL akan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

United memenangi sembilan daripada 13 perlawanan di bawah kendalian Carrick sekali gus membuka laluan untuk kembali ke pertandingan elit Eropah itu.

“Keputusan bercakap sendiri. Sejak pengurus datang dan sistem permainan berubah, kami mula meraih keputusan positif.

“Saya fikir sebelum ini ketika Amorim masih di sini, banyak perlawanan seimbang, tetapi akhirnya kami sering kalah.

“Kini ia seperti terbalik. Kami jauh lebih baik di kedua-dua kawasan penalti. Kami bertahan dengan lebih baik dan lebih tajam dalam penyudah,” tegas Maguire.

Kini United hanya memerlukan dua mata daripada baki empat perlawanan untuk mengesahkan tempat ke saingan elit Eropah buat kali pertama sejak musim 2023-24. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN