Kaksal Food giat proses ke arah pensijilan halal Jakim

Kaksal Food giat proses ke arah pensijilan halal Jakim

KAKSAL Food kini giat melaksanakan proses ke arah memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usahawan makanan dalam tin, KakSal Food, kini giat melaksanakan proses ke arah memperoleh pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan memastikan pematuhan penuh terhadap standard bahan mentah serta prosedur pempro­sesan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Pengasas KakSal Food, Salmah Abu Bakar, 67 atau lebih dikenali sebagai KakSal berharap dapat memperoleh pensijilan halal Jakim pada tahun depan sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan perniagaannya dalam pasaran serantau walau pun produk sardin dan makeral miliknya sudah menpunyai sijil halal Thailand yang di ikhtiraf oleh Jakim.

“Langkah ini dilihat penting bagi meningkatkan keyakinan pengguna, khususnya dalam kalangan pasaran Islam yang semakin berkembang,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, jelas beliau, KakSalfood turut memberi tum­puan kepada kestabilan bekalan ikan segar bagi memastikan operasi kilang berjalan lancar dan memenuhi keperluan pensijilan. 

“Usaha ini dijangka membuka lebih banyak peluang eksport ke negara-negara ASEAN yang mengiktiraf stan­dard halal serantau.

“Dengan pensijilan halal yang dirancang, KakSalfood berpotensi mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan laut serta memperluas capaian pasaran ke peringkat yang lebih luas,” katanya. 

Salmah yang memulakan perniagaan itu selepas mempunyai pengalaman bekerja dengan Felcra Livestock Sdn. Bhd. (2017 hingga 2019) dalam pemasaran produk ikan. 

Usahawan makanan dalam tin KakSal Food yang diteraju oleh Salmah Abu Bakar dan Faris Azmi. 

Produk KakSal Food kini merangkumi produk sardin, mackerel dengan menetapkan harga mampu milik iaitu sardin kecil RM4 hingga RM4.20, sardin besar RM9.40 hingga RM10, supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmati produk makanan siap setiap hari.

Lebih membanggakan, sardin keluarannya telah memasuki pasaraya besar seperti Mydin, AEON Big, Giant, Sabasun Hypermarket, PDM Muip, HalalMart dan kedai runcit serta platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok. 

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan pematuhan terhadap lesen dan permit berkaitan, termasuk kelulusan untuk pengendalian makanan serta permit bekalan ikan, bagi memastikan operasi perniagaan berjalan lancar dan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×