Dua kapal Malaysia berdepan sekatan selepas keluar Selat Hormuz

Dua kapal Malaysia berdepan sekatan selepas keluar Selat Hormuz

ANWAR Ibrahim bersalaman dengan jemaah masjid selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, Johor Bahru hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Malaysia sedang berunding dengan Iran susulan dua buah kapal Malaysia yang membawa bahan api kini berdepan dengan beberapa sekatan setelah keluar dari Selat Hormuz di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan melakukan rundingan tersebut dengan segera susulan kerajaan telah mendapat kelulusan melalui selat itu oleh pemimpin Iran sendiri.

“Satu kapal sudah sampai (di Pengerang, Johor), satu lagi hampir sampai dan masuk dalam perairan Malaysia, tapi dua yang dah keluar itu masih lagi berhadapan dengan beberapa sekatan.

“Jadi, kita sedang berunding sebab kelulusan itu telah diberikan,” katanya selepas menunaikan Sembahyang Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Media tempatan sebelum ini melaporkan, lima lagi masih terkandas di Selat Hormuz susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN