Nilai sitaan ahli NGO cecah RM8.73 juta - Utusan Malaysia

Nilai sitaan ahli NGO cecah RM8.73 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penahanan tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membongkar kehidupan mewah mereka apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan pelbagai aset hasil penyelewengan dengan jumlah sitaan mencecah RM8.72 juta.

SPRM merampas wang tunai berjumlah RM146,678.45 termasuk mata wang asing yang dipercayai hasil transaksi mencurigakan.

SPRM mendedahkan, rampasan turut melibatkan barangan kemas bernilai RM823,497 terdiri daripada jongkong emas, gelang tangan, rantai leher, cincin dan loket dengan pelbagai berat dan reka bentuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut disita adalah koleksi jam tangan mewah bernilai RM371,000 melibatkan beberapa jenama terkenal antaranya Rolex, Cartier dan Tag Heuer yang dipercayai dibeli menggunakan dana yang diseleweng.

“Selain 18 buah kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM7.36 juta termasuk model berprestasi tinggi seperti Mercedes-Benz S560E, Range Rover, Porsche 911 Turbo S serta beberapa kenderaan utiliti sukan (SUV) premium,” katanya.

Tidak ketinggalan, barangan peribadi lain seperti beg tangan berjenama dan aksesori turut disita dengan nilai keseluruhan RM20,740.

Siasatan mendapati, semua aset itu dipercayai diperoleh melalui aktiviti kewangan tidak sah.

“SPRM juga kini sedang giat meneliti aliran wang serta rangkaian individu yang terlibat.

“Kes juga disiasat mengikut undang-undang berkaitan dan tindakan lanjut dijangka diambil dalam masa terdekat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini