KWSP jual sebahagian saham dalam Sunway Healthcare

KWSP jual sebahagian saham dalam Sunway Healthcare, bukan lagi pemegang utama

KWSP juga merekodkan hampir 441,850 ahli baharu pada separuh pertama, menjadikan jumlah keahlian menghampiri 18.5 juta dengan ahli aktif meningkat kepada 10.9 juta dengan nisbah ahli aktif kepada tidak aktif bertambah baik kepada 59:41.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjual sebahagian sahamnya dalam Sunway Healthcare Holdings Bhd., sekali gus menjadikannya bukan lagi pemegang saham utama dalam syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Sunway Healthcare memaklumkan bahawa KWSP telah melupuskan sejuta saham pada 16 April.

Saham terbabit dipegang di bawah Citigroup Nominees (Tempatan) Sdn. Bhd.

Dana persaraan tersebut masih memiliki kira-kira 574.97 juta saham dalam syarikat berkenaan selepas transaksi penjualan saham terbabit.

KWSP merupakan antara lebih 20 institusi yang dikenal pasti sebagai pelabur berpengaruh bagi tawaran awam permulaan (IPO) Sunway Healthcare yang berjaya mengumpul hampir RM3 bilion.

IPO itu melibatkan penerbitan hampir dua bilion saham, dengan pelabur institusi mengambil sebahagian besar peruntukan dan langganan melebihi hampir enam kali ganda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×