IRGC rampas dua kapal cuba lintas Selat Hormuz

IRGC rampas dua kapal cuba lintas Selat Hormuz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pasukan Kor Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata, unit tenteranya menghentikan dua kapal yang cuba melintasi Selat Hormuz dan mengarahkan kapal tersebut ke perairan wilayah republik Islam itu.

“Pasukan tentera laut IRGC pagi ini mengenal pasti dan menghentikan dua kapal yang melanggar peraturan di Selat Hormuz.

“Kedua-dua kapal yang melakukan kesalahan telah dirampas oleh tentera laut IRGC dan diarahkan ke pesisir Iran,” menurut kenyataan pasukan itu.

Pihak IRGC mengenal pasti salah satu kapal sebagai MSC-FRANCESCA yang didakwa milik “=rejim Zionis merujuk kepada Israel, manakala sebuah lagi dikenali sebagai EPAMINONDAS didakwa memanipulasi sistem navigasi dan menjejaskan keselamatan maritim.

Pasukan itu turut memberi amaran terhadap sebarang tindakan yang melanggar peraturan yang ditetapkan Iran di selat tersebut, serta aktiviti yang bercanggah dengan laluan selamat di perairan itu.

Teheran sebelum ini menyatakan kapal perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar atau memasuki Teluk melalui Selat Hormuz, laluan yang pada waktu aman mengendalikan kira-kira satu perlima eksport minyak dan gas dunia selain komoditi penting lain.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×