Malaysia dipilih sebagai Ahli APCTT buat kali keempat - Utusan Malaysia

Malaysia dipilih sebagai Ahli APCTT buat kali keempat

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai Ahli Majlis Pentadbiran Pusat Asia dan Pasifik bagi Pemindahan Teknologi (APCTT) bermula tahun ini hingga 2029.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, pemilihan tersebut telah diadakan semasa Sesi ke-82 Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Asia dan Pasifik (UNESCAP) di Bangkok, Thailand, semalam.

“Malaysia merupakan antara lapan negara yang dipilih untuk berkhidmat dalam Majlis Pentadbiran APCTT. Sebagai sebuah badan utama di bawah UNESCAP, APCTT memainkan peranan penting untuk memperkukuh kerjasama teknikal dalam kalangan negara anggota dan negara anggota bersekutu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia turut mempromosikan pemindahan dan perkongsian teknologi serta memperkukuh kerjasama sains, teknologi dan inovasi (STI) bagi menyokong pembangunan mampan,” katanya hari ini.

Wisma Putra memaklumkan, dalam pemilihan itu Malaysia diwakili oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Pentadbiran APCTT penggal 2006–2009; 2014–2017 dan 2017–2020.

APCTT ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1977.

“Malaysia kekal komited dalam menyokong usaha APCTT dan akan terus terlibat secara aktif serta menyumbang kepada pemerkasaan peranannya di bawah naungan UNESCAP,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini