Kapal lalui Selat Hormuz dapat kebenaran Iran - Utusan Malaysia

Kapal lalui Selat Hormuz dapat kebenaran Iran

IRAN mendakwa Selat Hormuz berada dalam kawalannya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Media kerajaan Iran berkata bahawa video baharu dari Selat Hormuz menunjukkan kapal-kapal melalui laluan strategik itu dengan kebenaran Teheran.

Teheran menggambarkan laluan tersebut kekal di bawah kawalan ketat Iran selepas pihak berkuasa mengembalikannya kepada apa yang disifatkan sebagai keadaan operasi masa perang.

Video yang dimuat naik ke Telegram oleh agensi berita Iran, Fars News Agency, menunjukkan kapal-kapal melalui Selat Hormuz selepas mendapatkan kebenaran daripada Teheran untuk memasuki Teluk Parsi.

Fars berkata, rakaman itu mengesahkan bahawa Selat Hormuz kekal di bawah kawalan ketat Iran.

Menurut laporan itu, kapal-kapal memasuki koridor selamat yang dirancang oleh Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam. Fars berkata laluan itu melalui antara Pulau Larak dan Pulau Qeshm.  Kapal itu akan  keluar di selatan Larak, berhampiran pantai Iran.

Laporan itu menyatakan bahawa laluan melalui koridor tersebut memerlukan kebenaran daripada Teheran.

Laman berita CNN berkata, ia tidak dapat mengesahkan secara bebas dakwaan mengenai pergerakan kapal-kapal itu.

Amerika Syarikat (AS) telah mengenakan arahan sekatan yang meliputi semua pelabuhan Iran, sama ada di dalam atau di luar selat tersebut.

Selepas menteri luar Iran mengisytiharkan laluan itu dibuka pada Jumaat, Kor Pengawal Revolusi Islam telah membatalkan keputusan tersebut. Ia kemudian mengenakan semula kawalan ketat ke atas laluan itu seperti yang dilakukan sejak perang bermula, menurut laporan berkenaan.

Fars melaporkan bahawa Teheran kini telah mengembalikan Selat Hormuz kepada keadaan operasi masa perang dengan menutup sepenuhnya laluan itu kepada semua kapal tanpa kebenaran Iran serta melarang laluan kapal tentera.

Laporan itu menggambarkan Selat Hormuz sebagai laluan penting bagi perdagangan global. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×