Pelajar ditemukan lemas di Pantai Balok

Pelajar ditemukan lemas di Pantai Balok

PELAJAR tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Bakar ditemukan lemas di Pantai Balok di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Bakar yang hilang selepas mencari kepah di Pantai Balok di sini ditemukan lemas petang ini.

Mayat mangsa, Luqman Kamil Jamaluddin, 16, ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2.15 petang.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 6.02 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mencari kepah di belakang sebuah maahad tahfiz kawasan pantai berkenaan.

Mangsa dikatakan mencari kepah bersama rakan-rakannya pada waktu air surut namun tidak menyedari air pasang dengan cepat sebelum dia dihanyutkan arus deras. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini