Anwar hulur RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan

Anwar peruntuk RM20 juta basmi kemiskinan di Kelantan

ANWAR Ibrahim (kiri) beramah mesra dengan rakyat pada Majlis Sesi Rahmah Mesra dan Lawatan ke Masjid Gong Chapa, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi memperhebat usaha membasmi kemiskinan di negeri ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan khas itu diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Kelantan bagi memastikan bantuan disalurkan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Kata beliau, walaupun isu kemiskinan tegar berjaya ditangani, masih terdapat kelompok rakyat yang berada dalam kategori miskin dan memerlukan intervensi segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah kemiskinan ini belum selesai sepenuhnya. Masih ramai rakyat yang memerlukan bantuan termasuk di Kelantan. Justeru, peruntukan khas ini disediakan bagi memastikan kebajikan golongan tersebut terus terbela,” katanya ketika berucap pada Majlis Sesi Rahmah Mesra dan Lawatan ke Masjid Gong Chapa, di sini hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, peruntukan itu diluluskan susulan permohonan tambahan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

“Hasil perbincangan bersama Menteri Besar, saya bersetuju meluluskan peruntukan khas ini yang akan diselaraskan oleh ICU JPM bagi memastikan pelaksanaannya lebih berkesan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini