Kerja pemanjangan landasan LSTIP siap hujung tahun depan

Kerja pemanjangan landasan LSTIP siap hujung tahun depan

LAPANGAN Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan sudah mampu mengendalikan penerbangan bertaraf antarabangsa.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LSTIP), Pengkalan Chepa di sini, kepada 1,800 meter dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foo berkata, projek yang sudah bermula itu membolehkan LTSIP mengendalikan penerbangan antarabangsa melebihi enam jam seperti ke China dan Korea apabila ia siap sepenuhnya nanti.

Katanya, buat masa ini LTSIP sudah mampu melakukan penerbangan antarabangsa lebih dua jam seperti ke Singapura, Bangkok dan Jakarta tanpa sebarang masalah.

“Bagi penerbangan antarabangsa melebihi enam jam, pesawat memerlukan lebih pengunaan minyak dan pastinya memerlukan landasan lebih panjang untuk berlepas serta memungkinkan mereka membawa lebih muatan.

“Pemanjangan landasan ini akan menarik lebih banyak penerbangan antarabangsa dan meningkatkan potensi LTSIP sebagai hab penerbangan ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penaiktarafan LTSIP yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Beliau berkata, perasmian tersebut menandakan penyiapan penuh projek naik taraf LTSIP bernilai RM440 juta dan membolehkan ia berfungsi sebagai lapangan terbang domestik yang boleh mengendalikan penerbangan antarabangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×