Ahmad Norihan dilantik semula sebagai Pengerusi SKM - Utusan Malaysia

Ahmad Norihan dilantik semula sebagai Pengerusi SKM

AHMAD Norihan Jalal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan semula Datuk Ahmad Norihan Jalal (B) sebagai Pengerusi berkuat kuasa 15 Mac lalu.

SKM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan semula itu diyakini mampu memperkukuh peranan suruhanjaya tersebut sebagai badan peneraju pembangunan gerakan koperasi negara.

Langkah itu juga selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan sektor koperasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif, mampan dan berdaya saing.

“Kepimpinan beliau akan meneruskan usaha memperkukuh tadbir urus, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperluas impak gerakan koperasi kepada rakyat.

“Pelantikan ini juga mencerminkan komitmen berterusan SKM dalam memastikan agenda pembangunan koperasi terus dipacu secara strategik, progresif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” katanya.

SKM turut menyatakan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Ahmad Norihan, gerakan koperasi negara akan terus berkembang maju serta berdaya tahan.

Sektor tersebut dijangka terus menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosioekonomi negara melalui pelbagai inisiatif strategik yang telah dirangka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×